Pages

Cerpen - Kisah Check Point 5




Check Point 5 masih lengang. Cut off time disini untuk peserta 100KM masih banyak. Sekarang baru jam 10 malam. Masih ramai lagi pelari belum tiba di Check Point 4. Satu big climb untuk jarak 5KM sebelum tiba ke Check Point 5 amat membunuh. 

Kau ok?
Razif bertanya kepada rakan yang baru dikenali di Check Point 5.

Ok. Letih sikit. Rasa jauh lagi ni. 
Anna mengeluh sambil memandang Ajmain, rakan yang baru dikenali ketika sama2 bergerak dari Check Point 4.

Ajmain dengan muka keletihan diam tidak berkata. 

Krikk Krikk Krikk .. masing2 diam dan mengelamun melayan perasaan..

Aku rasa nak stop dekat sini la. Aku dah tak berdaya ni. 
Tiba2 Ajmain bersuara memecah kesunyian.

Serentak Razif dan Anna memandang Ajmain.

Dah 60KM ni bro. Lagi 40KM je nak habis. Takkan nak mengalah dekat sini. 
Anna mengomel.

Aku rindu anak bini aku. Aku rasa cukup lah sampai dekat sini je. Aku penat sangat ni. Aku pon tak tau apa aku buat dekat sini. Ajmain terus berkata2.

Razif tersenyum. Dalam hati.. "Puiii... kata elit.. kata tegar.. now teringat anak bini apa kes"

Tiba2 Anna menangis. Tersedu sedu

Kau pulak dah kenapa?
Razif tinggikan suara.

Aku pon rasa nak give up dah. Kaki aku sakit gile ni. Cuaca pon sejuk sangat dekat luar tu. Entah le, aku emosi sikit. Anna mengomel sambil mengesat air mata..

Bang.. Bang.. refuel air ni... and saya nak maggie .. Razif memanggil Usop.. volunteer di Chekpoint 5.

.............
Aku rasa dari tadi macam ada orang bercakap2 kat sana tapi.. hemmm
Usup Volunteer memberitahu Fendi..

Fendi memandang dengan muka penuh tanda tanya... 

Perasaan kau kot.. Runner belum sampai lagi sini lah.. 

Fendi memberi semangat.. Jauh dalam lubuk hati Fendi.. Mmg aku ada dengar macam suara orang menagis tadi..


.............
Ok lah... aku rasa cukup lah untuk hari ni.. aku nak balik.. 
Ajmain bersuara... 

Aku pon nak nak balik jugak.. Anna juga bersuara.. 

Takkan nak tinggalkan aku sorang2 dekat check point ni.. kalau aku proceed karang kene cekek hantu macammana.. korang memang tak patut lah.. aku ikut sekali lah.. Razif pon hilang semangat ..

Kau nak takut apa.. kau kan hantu.. 
Anna ketawa... mengilai... 

Then ajmain sama mengilai.. razif mengikut dan ketiga2 nya terbang ke pokok berhampiran.. 

Lain kali xpyah gatal nak masuk ultra kalau jiwa tak kental... duk diam2 jadi hantu sudah.. Kan dah DNF.. Anna menjerit ke Razif... 

Razif dan Ajmain terus mengilai...


.............
Adoi apa pulak yang mengilai tu... Ucup mengomel..

Dah2.. buat tak tau sudah... kau tak tau ke Checkpoint ni memang depa panggil CP Langsuyar?
Fendi berbisik. 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :