Pages

Race Report - King Of Bukit Larut 2015



So umur game ni agak panjang sebenarnya. Selepas hardtime in 1st edition now we face difference issue pulak in 2nd edition. Almost the same issue on redtape bagai. But alhamdulillah, berkat kecekalan dan ketabahan, we manage to tackle all the issue. Aku rasa xpayah lah aku nak bukak lagi hal redtape ni semua. Xnak korang marah pulak dengan mereka2 yang terlibat ni.

Ada few perkembangan positive dalam game tahun ni. Antaranya

1. Tahun ni peserta kita bertambah 100%. Dari plan asal kita nak bukak 200 slot je macam biasa tapi wakil KBS mintak kita lebih lagi slot. So lepas berkira dengan condition track, logistic dan lain2, so kita rasa 500 slot still manageable. So kita bukak 500 slot je. Kita mmg xnak ramai sebab takut track koyak dan sukar dikawal. This is not an easy route jadi kita nak minimisekan smua issue dengan limitedkan slot.

2. Kita ada kategory baru. Last year kita ada 21KM je. Tahun ni kita bukak 2 kategori baru iaitu 10KM dan 26KM. Sebabnya, 10KM ni local runner ramai yang mintak sebab dpa nak cuba game ni. Dan 26KM pulak, kita tahun ni dapat kebenaran untuk sampai ke puncak Bukit Larut. Actually puncak ni agak exclusive sebab ada aset kerajaan dekat atas ni. So selalu game apa pon mmg xsampai keatas. But alhamdulillah tahun ni kit dapat kebenaran. Jadi new elevation kita akan dapat iaitu +-1400m.

3. Tahun ni kita ada VIP. So ada few important ppl hadir dalam game kita. So kita learn banyak pasal VIP SOP. Actually it not that easy but we learn. 

4. Tahun ni kita ada nyanyi lagi lagu NEGARAKU but kita tambah sikit lagi dengan menaikkan bendera. Seriously it really meaningful. Semangat semua orang aku tgk satu macam lepas tu.

5. Kita ada bantuan dari bomba tahun ni. Actually dpa nak pancut air dekat finishing line. Tapi fikirkan factor licin dan keselamatan kita cancel. Else korang main air kat finishing.

6. Kita ada hadiah istimewa untuk pakaian beragam. Yup, kita try to appreciate sikit pelari2 kita yang datang dengan custome. Bukan senang okay dpa nak lari dengan topeng bagai. 

7. 500 Nasi lemak habis. Compare last year, ada la jugak baki. This year habis. Sampai ada yang xdapat rasa. Jahat la pada yang makan sampai 5 bungkus.

8. 500 mangkuk cendol jugak habis. Ni habis paling awal habis. Korang mmg betul la. Xtinggal orang belakang.


Untuk overall statistic pulak.

1. Untuk acara 26KM, pemenang lelaki sampai ke puncak in 1j15 minit dan sampai ke bawah secara total 2j 26 minit. So new record for this distance. 

2. Untuk acara 20KM, masa dan juga record baru.. 1jam 46minit secara total.

3. Untuk acara 10KM.. masa dan juga record baru.. 50minit. 

4. 10% DNS rate. 

5. 1% DNF rate.

6. 1% reach more the cutoff.

7. Kita ada barisan pelari2 tegar and champion.. 2 org UTMF finisher.. SAC Champion.. 1 Comrade finisher.. dan lain2.. TQ sebab sudi mencemar duli hadir ke game kami..



So secara keseluruhan, aku boleh kata game ni berjalan lancar. Macam biasa byk maki hamun aku dpt lepas game but aku percaya maki hamun yang ni adalah yang positive. More happy faces dan more pelari tegar kita dpt kali ni. Actually aku bagi tabik spring la pada yang habiskan. Dengan keadaan route yang tajam dan berliku2. Dengan elevation, dengan distance dan they manage to finish it. Some say, only real runner will run this vertical race. Aku xkata, but feedback yang aku dapat dari almost of the runners. Nowadays ppl look after the "real challenge" and not just running. 

So, insyallah jumpa anda lagi tahun depan.  

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :