Pages

King Of Bukit Larut - Review


Idea asal nak buat game ni datang dari Zinov. Lepas kami buat double loop Bukti Larut last year, track ni agak mencabar dan menarik untuk diteroka. Jadi lepas berjayanya P50K, datang panggilan untuk mengkomersilkan route ni. So berkat usaha keras org tepen (Zinov an Zul) maka insyallah project ni akan berjalan seperti yg dirancang. Actually Zinov mmg orang tepen dan Zul pulak dah jadi kampung kedua sebab org rumah dia org tepen. 

So ini adalah official event ke dua bagi Team Pacat in 2014. So far kami dah dpat approval dari pihak berwajib dan mendapat sokongan yg ketat dari Badan Pelancongan Negeri Perak dan Pejabat Menteri Besar. Again, kami akan berikan kelainan sekali lagi dari 4 event yg akan kami host tahun ni. Smua event ni berlainan tema dan konsep.  Hari tu Watergate dah lari loop 5KM + jambatan. Now kita kasi yg sedap skit lagi. So some info untuk dihadam.

1. Anda akan berlari dikawasan paling lembab diMalaysia.. sentiasa hujan diwaktu petang dan kawasan ini hari2 sejuk. 
2. Anda akan berlari diatas jalan antara yang paling tajam, mencanak, berpalu2 dan kejam diMalaysia (nasib baik xda jambatan)
3. Anda akan berlari diketinggian +-1100 kaki dari paras laut.. Bukit Larut ni dah consider gunung sebab ketinggian dah lebih dari 800meter. Tapi masih bernama bukit.
4. Anda akan berlari dikawasan yang mempunyai flora dan fauna antara yang tercantik.. kawasannya amat hijau dan ada beberapa kawasan yg berada didalam hutan lumut (kita xkan buka route sampai sini atas dasar bumi hijau)
5. Anda boleh melihat Selat Melaka dan Bandar Taiping dari puncak tertinggi kawasan ini..
6. Bukit Larut adalah pusat pembiakan bunga tulip dan hanya satu2nya yang ada diMalaysia.. dan anda akan berada disini pada musim bunga ini berkembang..  
7. Ada 108 corner dan 72 sharp corner sepanjang jalan.

This is road race dan kami xbukak untuk trail. Format game.. kali ni kami bukak 1 kategori ja iaitu 21KM. Actually idea asal nak bukak 2 kategori which is 21KM dan 50KM. So lepas route review last few week, we decide tuk keluarkan 50KM dari list sebab risiko dan faktor keselamatan. Kami bawak kawan2 senior in ultra tuk try test route ni and enough with 1 loop and they surender. So kami simpan kategori ni ke tahun depan. Dan mungkin kami akan letakkan syarat ketat untuk enroll kategori ni nanti. So participant akan berlari jarak Half Marathon in very2 high elevation which akan dapat 1100+- meter. So this will be 1st half marathon in high elevation route. Sedapppp.

Cutoff time is 5 hours. Yup, we have prize untuk top 3 all categories, we also have discount for selected hotel in Taiping kalau ada yg nak bermalam.. aku dgr race director kata, ada free flow cendol at starting line nanti.. so aku xtau apa lagi dia nak kasi lps finishing nanti.. nak tau kne la enroll.. 

So more info or details about the game boleh dirujuk disini. Kalau rasa anda mahukan kelainan.. enroll sepantas yang boleh sebab kuota amat terhad due to safety dan menghormati bumi hijau (xnak pencemaran tidak terkawal berlaku, takut pindah pulak hantu2 yang ada kat mossy forest tu nanti).

Jadi, adakah anda "KING" yang kami cari?

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :